Isnin, 19 Mac 2012

Tidak Mungkin....

Setiap saat
Ku mengenang diri mu tanpa jemu
Perih masih terasa di hati
Menangis tika mengenang diri mu
Adakah kau sudah lupakan aku di sini?
Mengapa kau begitu kejam meninggalkan aku bersendirian?
Mengapa kau pergi tanpa kata-kata terakhir?
Aku amat merindui mu
Tidak tertanggung rasa keperihan ini
Tanpa jemu ku sentiasa menyayangi mu
Ku meneruskan hidup tanpa dirimu di sisi
Sedih ditinggalkan sebegitu
Namun tidak mungkin untuk aku lupakan diri mu
Dan mencintaimu
Tidak mungkin sesekali untuk ku hapuskan semua memori kita
Kerna memori itu adalah nyawa ku
Untuk teruskan perasaan yang indah tersergam di hati ini
Sayang,
Ku tetap merindui dan mencintai mu tanpa jemu....



~ THE END ~

Jumaat, 3 Februari 2012

Janji..

Ku berdiri keseorangan
Ditemani tiupan angin dan alunan ombak
Seperti air hujan jatuh ke bumi
Begitu jua titisan air mata jatuh ke pipi
Sayup kedengaran suara mu di telinga
Janji-janji mu dulu
Tersemat abadi dalam hati kecil ku
Kenapa kau pergi tanpa kasihani ku?
Kenapa kau begitu tegar sekali?
Janji mu hanya tinggal janji
Kata sayang
Tapi aku ditinggalkan
Kata sehidup semati
Tapi kau tetap jua pergi
Kenangan kita yang terbina
Menghiris hati ku
Luluh yang ku rasai tidak terkata
Kenapa kau begitu kejam?
Kenapa kau tinggalkan aku?
Apakah salah ku?


Khamis, 12 Januari 2012

Cinta Yang Ku Damba

Cinta yang ku damba
Cinta yang buat ku terluka
Pasrah hati ku tidak terkira
Kau pergi tanpa menoleh
Ku menangis kerna pemergian mu
Kenapa kau pergi bersamanya?
Kenapa kau memilih dia?
Kenapa kau begitu tegar membuat ku begini?
Hati ku terluka kerna mu
Ke mana janji mu selama ini?
Di mana kah silap ku?
Sayang,
Aku masih cinta dan sayang pada diri mu...
Di mana ku ingin cari ganti...?



Jasa Seorang Ibu

Tanpa mu,
Ku takkan dapat melihat dunia
Tanpa mu,
Ku takkan dapat bernafas
Tanpa mu,
Ku takkan dapat merasa kasih sayang
Tanpa mu,
Ku takkan berjaya dalam hidup

Jasa mu...
Terlalu banyak terhadap diri ku sepanjang hayat mu
Jasa mu....
Begitu sukar dibalas
Jasa mu....
Akan ku ingati sampai hayat ku

Kau lah ibu ku yang tersayang
Maafkan aku jika adanya silap ku
Tidak bermaksud aku ingin melukai hati mu
Tapi ini kerna ku terlalu ikut hati tanpa fikir
Dosa ku terlalu besar
Ibu,
Maafkan lah aku
Kerna aku terlupa dengan jasa mu selama ini....

(Untuk mu, ibu ku...)